Monday, January 7, 2013

Kisah #AJL27 ...

Sebab semalam tgk AJL27, lepas iron baju semua, kul 1am baru tidur, hasilnye pagi ni lewat 10min kuar rumah. Mr hubs dah kena hntr budak2 g school. Sobs!!

So, guys semalam tgk AJL??Mesti kan. Macam I ni, Muzik-Muzik mmg  tak follow, semi pun tak tengok. Alih bila final, dari pagi excited nak tengok. lagu masuk final pun, 2,3 lagu aje yg tahu, the rest mmg tak pernah dengar. Just not my time! Kalau tahun2 lepas sb ada FT *waaaa pitam <-- diehard fan u*, tahun ni sb nak support Malique, song for Black & RJ - Teman Pegganti. Memang something betul lah lagu ni. Sebenarnye, bab2 lagu ni I mmg ketinggalan habis. Kena plak radio dalam keta mmg tak dapat freq above 90Hz *radio Jepon, ntah bila Hubby nak tukar, asyik pagi dengar Capital FM je, mujur best jgak* So, kdg2 bila naik kereta adik ke, tgk konsert dalam tv ke, baru dapat dengar lagu latest. Pity kan. Hahaha. So lagu Black ni dgr time naik keta my sis. I tak kisah sgt bila Black nyanyi, tapi bila Malique rap, I mmg pantang betul. Memang kenal sgt kalau suara Malique. Dulu gila Too Phat macam org gila lah org kata *zaman muda2 tapi bnyk kenangan woooo* Semua kaset/cd beli, jangan kata, baju dia pun beli. Siap dapat autograph and bergambar lagik ok. *freak freak to d beat yaww* So bila diorang dah berpecah, the only way to enjoy his song, music and lyrics bila dia featuring dgn artis2 top M.Nasir, Jamal Abdillah and latest Black. I really wished he could win last night. But yet, performance Black & RJ semalam mmg best! Takde rezeki. Keep on writing and producing great song Mista Malique. Such a talented man =)


Whatever it is, Terukir Di Bintang is a great song. Suka juga dgn muzik arrangement dia. Congrats Yuna!

Teman Pengganti – Black feat Malique

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta

Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Ulang *
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

2 comments:

Mia Kassim said...

Salam kenal dan follow.... :D

Nadine said...

I jugak yg tak tengok AJL mahupun muzik2. mmg outdated sungguh. hihi :D

Post a Comment

It might take me a while to reply, but I do read all comments received! Tq =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...