Thursday, June 10, 2010

bayar penuh gaji cuti bersalin 90 hari...

Salam tengahari..
I just received an eamil from my fren,,(maklumlah bukan pembca suratkhabar yg setia katakan ;)..
The title aje pun dah really make me happy..bayar penuh gaji cuti bersalin 90 hari!!!
* yeayyyy!!!! terigin rs nak buat lompat bintang Nuurill..tp harapkan duduk kat office aje tatkala ini ..;)
yeap..memang sgt sokong usaha kerajaaan ini..
Pernah terfikir jugak..kalau lah dapat rezeki adik Adam nanti..(InsyaAllah..bila tak tahu lagik ek ..hehehe..)..
Memang plan nak request ngan HR extra 1 month maternity leave..
kalau tak nak bayar pun takper..
At least I can spend another month to bfeed the lil child and make more ebm stocks for future...
*berangan nak buat 1 fridge penuh kali ini...
Sebab tak adil lah kan..Adam pun sampai 4 months with me before start working again..
So ape2 pun..its really good proposal..tak payah nak pikir pasal kelebihan utk negara ke apelah kan..
Yang tu we leave it to the minister to think..
Yang penting..anak2 kita dapat lebih perhatian and the best from us during the 1st 3 months..
Doakan usaha ini berjaya...
ME..SOKONG 100%!!!!





Hasil bfeeding at 3 months...
huh macho sungguh anak mommy ni ek ;)



*************************************************


KUALA LUMPUR: Kesatuan sekerja dan badan bukan kerajaan (NGO) mahu cadangan cuti bersalin 90 hari yang akan dikemukakan kepada Kabinet bulan depan, diberi dengan gaji penuh dan dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan sektor awam serta swasta.



Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Noorlaila Aslah, berkata Malaysia perlu mencontohi beberapa negara termasuk India dan Indonesia yang membayar gaji penuh cuti bersalin.


“Penambahan cuti bersalin kepada 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini mesti dibayar penuh.


“Walaupun membabitkan penambahan kos, majikan perlu mengambil kira kesan jangka panjang di mana anak yang dilahirkan itulah yang akan menjadi sumber tenaga kerja di masa hadapan.


“MTUC juga menggesa pelaksanaan ini dilaksanakan secara menyeluruh kerana tugas dan kesakitan yang ditanggung selepas bersalin sama saja bagi wanita sama ada di sektor kerajaan atau swasta,” katanya kepada Berita Harian, semalam.


Beliau mengulas dilema Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung isu itu kerana bimbang pemberian cuti bersalin 90 hari bergaji penuh akan memberi implikasi terhadap kerjaya wanita.


Kelmarin, Shahrizat berkata, kerajaan akan memperkenalkan pakej cuti bersalin yang lebih mesra keluarga, tetapi masih mengkaji sama ada tambahan cuti 30 hari itu akan diberi dengan gaji penuh, tanpa gaji atau dikongsi antara suami dan isteri.


Ketika ini, Singapura dan Belanda memberi cuti bersalin selama empat bulan dengan gaji penuh, sementara Jepun sebanyak 60 peratus daripada gaji penuh. India, Indonesia dan China pula memberi cuti tiga bulan dengan gaji penuh.


Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata kerajaan sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk membayar tambahan gaji sebulan jika mahu melahirkan rakyat yang sihat.


“Kos sara hidup sudah meningkat terutama jika mahu anak yang dilahirkan mendapat pemakanan berkualiti. Selain itu, kerajaan juga tidak perlu menanggung risiko sekiranya cikgu wanita yang bersalin itu tidak sihat kerana tidak cukup rehat yang akhirnya akan membawa kepada kos perubatan yang mungkin lebih tinggi,” katanya.


Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor, Datin Paduka Rakibah Abd Manap, pula berkata sekiranya majikan enggan membayar gaji penuh, mereka sekurang-kurangnya perlu mempertimbangkan untuk membayar separuh gaji bagi menampung keperluan ibu dan bayi.
“Mungkin ada yang memandang ringan perkara ini tetapi kita tidak tahu apa yang dihadapi oleh ibu selepas bersalin dan melalui pengalaman saya, kita pernah berhadapan dengan kes yang membabitkan ibu yang ditinggalkan suami selepas melahirkan anak dan golongan seperti ini amat memerlukan wang,” katanya.


info archieved from :
http://www.bharian.com.my/articles/Bayarpenuhgajicutibersalin90hari_MTUC/Article

7 comments:

Nadine said...

Dear, masa diaorg buat petition dulu, u sign up tak? I did! :)

skang diaorg bawak issue ni ke kabinet kan. Harap2 jadila...boleh kembali preggy dgn senang hatinye. hihi.

zahira said...

me sokong! even at my company now we can rqst to apply maternity leave for 3 months tp bulan ke 3 tu half pay la. tapi tak kesah la as long as boleh coti lama!!!!

mommynadia said...

Nadine,
yeap, I know about that pettition,tp dah terlambat..so dr jauh aje..Alhamdulillah dah bawak ke kabinet..moga2 success!!
betul..lagi excited nak pregnant lagik kan...;)

****
k.long,
wah bestnye mmg dah approved!so mase deliver Ziqri dulu k.long amik tak yg 3rd months tu??

Mek Rose said...

nad,
if betul la nanti lulus..n bergaji lak tu..perghh..sonotnye
hehehe

bambamnye adam masa 3 bulan..eheh

Thara said...

i was one of those who signed this petition yeay! :D i pon sokong lah sangat sangat. betol! terbaik utk baby2 akan datang :P

mommynadia said...

Rose,
mmg sgt sronok!!
hehehe,InsyaALLAH..demi next generations!!

****
Thara,
gud..at least u guys hv make the things to cabinet..yeay!!

zahira said...

masa ziqri lahir belom start lg. Baru implement this yr. Sape yg bersalin this yr untung la ;-)

Post a Comment

It might take me a while to reply, but I do read all comments received! Tq =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...