Alhamdulillah, kita sudah berada di dalam bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Bersyukur kerana masih berpeluang untuk melakukan ibadat puasa pada bulan ini. Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ni, sama-samalah kita mengejar banyak pahala dgn mengerjakan tuntutan wajib dan juga melakukan ibadah sunat dan seterusnya istiqamah pada bulan2 yang seterusnya. Saya bercakap untuk nasihat diri sendiri, kadang-kadang dapat rasakan kesibukan kerja dan anak-anak, banyak menyebabkan saya leka serta cuai dalam menyempurnakan tuntutan sebagai seorang muslimah. Solat sunat pun dah kurang, apatah lagik nak bangun qiam di waktu malam, Astagfirullah. InsyaAllah, semoga dengan kehadiran bulan yang bebas hasutan syaitan ini, dapatlah mendidik semula jiwa yang ketandusan iman dan taqwa ini. Amin.
InsyaAllah...
Salam Ramadhan..
Selamat mengerjakan ibadah puasa..
Salam Ramadhan utk Nadia dan Keluarga..
ReplyDeleteSalam mummy Akmar,
ReplyDeleteterima kasih..Ramadhan Kareem for you and family too..