*mintak maaf entry melalut sy arini panjang lain macam, sudi2 kanlah..ye ;)*
Last week, semua orang duk sibuk bercerita pasal kisah gaji maid Indon RM700 dengan Matta fair, kan?? Nampak tak ada synchronization between that 2 issues. Stress and get holiday!! Tak tahu lah u all define macamane kan. For me, this 2 things memang benda yg duk parking cantek je otak ni hah. Itu yg naik serabut kelapa otak duk pike. Kalau dulu, kadang2 boleh jugak raised up issue nak amik helper ngan Mr Hubby, which I know he will definitely reject the proposal sebab katanya rumah apartment kecik macam tak sesuai ada maid, and without parents or anyone monitor the maid during office hour, he would not allow. So, memang tak dapet ler. Alih2 now, kuar statement, ntah sape pergi meeting buat conclusion RM700 untuk satu keje aje *ingat average rakyat Malaysia gaji RM10k ke ape*, tak payah ler nak sua2 buat bicang topik ni ms minum petang kat Mr Hubby. Sah2 tak mampu. Betul jugak, daripada abis duit kat maid, baik hantar pi playschool bayar RM650 sebulan, at least IQ dia tinggi sket, dak pun pandai ler cakap omputih nanti.
Daily routine is so tiring, thats why sometimes I really need a helper*tho hubby is my good helper now* At least, boleh bantu buat keje rumah benda lap2, mop2, jemur baju lipat baju, simpan baju, sental toilet, kemas dapur *nmpk sgt benda2 ni tengah dalam kepala otak nak di settle weekend ni* For me kalau ada helper, takde lah duk gaduh2 ngan Mr Hubby duk suh dia tolong buat keje2 rumah. Kesian jugak, tapi nak buat camane, kalau ikut memang tak dan. Paling buat risau, takut terabai kebajikan anak2 dek mak bapak balik rumah duk settle keje, siap2 budak2 dah nak tidur. Nak suruh diam, Adam tu disaji dengan tengok cite kartun dak pun main laptop sampai pkul 10pm. Si adik plak, tak usah cakap, asyik nak bertempek aje. Kadang tak baik sgt rase, mintak Ryan cepat2 jadik 2 tahun, so bile dah besar sikit takde lah nak suruh mommy carry aje.
Daily routine on weekdays memang dah automatik. Bangun pagi2 hari Isnin, macam tekan button robot, semua benda yang sama diulang2 untuk sekian kalinya. Sometimes I tried to change the routine, which at the end buat lagi haru biru. Morning wake up, as usual, even 10 min pun tak boleh nak bgn awal. Berkira sgt bab2 bangun tido. People said, the biggest changes u can make, when u wake up 10min earlier than usual. I wish I could and I will try. Terus warm up frozen food for Ryan. Siap2 semua, ni kalau malam tadi tertidur time tidurkan Ryan, bj belum iron, mmg naye. Ntah kenapa, memang tak gemar nak iron semua baju keje time weekend. I hate ironing to be honest!! 1 hr semua boleh siap, but ensure budak Ryan tak bangun, which is impossible sgt. Sharp at 6am, dia nak menggeliat. Keluar toilet tgk dia duk sengeh2. Harus keje mommy delayed by 15min. Semua settle, bag bawak nursery u all jgn tak tahu, 5 bag ok. Bag bj Adam, bj Ryan, bag ebm, bag makanan and bag mommy (botol2 susu and pumping thingy). Siap2 makanan tak kira lagi, kena bancuh oat n fruit puree and oat for bfast, lebih buat makan petang, and bubur yg panas pindah thermos. Fuhhh..Sekarang hubby dah tolong masukkan ebm dalam bag and sometimes help me pack bj Adam. Tq Mr Hubby.
Routine malam adalah paling singkat and most tiring. Reached home by 7pm. Re-packed all stuff. Provide food for Ryan. Time ni Ryan akan start ikut mommy pergi kitchen. Imagine kalau I masak, mmg haru. So decided until Ryan boleh jalan or dah boleh main2 sendiri, continue masak balik. The most stressful things actually bila attending lil Ryan. He normally took nap between 8pm to 9pm, but to make him asleep, masyaAllah. Hanya Allah yg tahu. Dah la lighsleeper, pantang dengar suara Adam pun dah bangun. By 10.30 pm macam tu, baru dia boleh tido. Then the routine washing and steaming the bottles begin. Mr Hubby will help on handling the CDs, while I'm trying to do some housework. Simple one just to ensure rumah tu ada rupa orang duduk lah. Ironing and try as much to pack the next day clothes for the 2 boys. Phewww..Totally exhausted.
Alhamdulillah, last weekend, the longest weekend for me as I managed to settle many pending things. *clap clap to me* kalau tak disebabkan Mr Hubby yg demam dek tonsile nye, pindah pulak kat Ryan yg suddenly demam sebab nak tumbuh gigi, memang jarang lah kami 4 beranak duduk berkampung kat apartment kami yang sekangkang kera tu. Plan nak bawak Adam tgk hot air balloon pun cancel. Last year, nak tgu Adam besar baru nak bawak, Adam dah besar, Ryan kecik lagik plak. Panas, jalan jauh. Tgu Ryan besar plak..lepas tu karang kuar plak generasi baru..sampai bila circle tak selesai. Adeh!!*tapi yg generasi baru tu, belum start prod lagik , sila jgn gossip ye >.<* Balik cite kat atas, disebabkan takde maid, bnyk keje bertangguh, nak buat susah betul lah. So yesterday, lega gile bila dah settle kemas2 botol yg dah tak pakai, masuk kotak and label. Rack atas sekali dah sangkut dengan ketulan ice, macam iceberg titanic dah, kalau langgar mesti kapal boleh karam punye, so 1st layer, nak tak nak kena leave empty. Sekarang ni stok susu saya tak berapa nak bnyk, ada 3 rack lagi kat freezer tu. Tak silap dalam 30 botol lebih, mostly 80 - 90% botol Avent 8oz. Dulu ada time malas, memang sy selalu skip pump. Terukkan.*sila jgn contohi saya* Skrang dah tgk botol dah sikit, naik gerun plak, start to top up balik. Last week, berjaya tambah few extra bottles. And lst weekend also berjaya pack semua baju baby yg memang sangkut kat kepala Ryan kalau terak masuk jugak. 3 paper bag beso ooo. Baju Adam yg dah tak muat, plus suar yg memang daif beno tgk dek masuk kuar mesin basuh, kalau pakai mesti londeh tahap kena masuk Bersamamu lah orang kata, hooo syahdu betul. Kalau baju pakai nursery eden beli baju murah bila time sale kat Parkson SP tu hah, bila dah patpuluhkali masuk washing machine, korang agak2 je lah camane rupnye. Itu semua dah sort out, yg tak elok buat kain lap. Kut yer nak sedekah, bagi lah elok sket kan, ni kita tgk pun tak lalu ;)
Last sekali, bila dah tiap2 hari buat keje ulang2 tahap naik fed up, kena pulak layan keje ofis yg memang patpuluh tahun tak siap, maka adalah digalakkan kalian untuk pergi bercuti. Pernah baca somewhere, orang yg sihat, bila dia selalu pergi holiday tenangkan fikiran. *kalau duit berkepuks boleh ler* Tapi itu betul. So tahun ni, jadual mommnadia n family, adalah 2,3 kali plan for holiday..cuti-cuti Malaysia aje. Kalau dapat jalan2 kan seronok. Bawak anak2 makan angin, hidup takdelah stress sgt. Perancangan awal mesti, macam I ni orang yg suka plan ahead, nak g jalan sedepa pun, ada itinerary bagai, to do list n long survey, payah ler. Itu yg I tak dapat pi London lagik tu, kalau pi, 2 tahun preparation tak cukup orang kata.*tak tahu kenapa , dalam bnyk2 sebut nak pi London plak* Takpe2, pelan2..Seriously, melelah tgk orang jalan2 bawak anak2 pi USS, pi Disneyland HK..g Gold Coast. Maveles betullah. InsyaAllah ada rezeki nanti. Start menabung dari skrang. *tabung botol susu besar tu, dah berapa tahun, tak penuh2 lagik hahahaha*
I'm not complaining, tapi kadang2 bila penat sgt, orang pompuan biasalah..nak bebel2 jgak. At least ada ruang boleh berkongsi rasa kan, apa salah meluahkan. Walaupun sy takde helper, salah satu cara sy nak simplify my daily routines adalah dengan membeli equipment2 yang sepatutnye. Yang boleh mudahkan cara. So far, buat makanan Ryan, memang sgt mudah. Nak steam bottle pun, dah ada new microwave strellizer yg tak perlukan bnyk space table top saya, steam makanan pun mudah dgn ada steamer *walaupun itu sebenarnye strellizer yg sy improvise jadik steamer, wuhahha* Cuma kalau dah ada jual equipment basuh botol2 tu, tolong bgtau saya ek, sy nak beli jgak ;) One more thing, dah sepuloh kali pergi usha portable steamer iron ni. Tapi ntah, beli try pakai, mcm tak berapa best plak, takut nanti still cari iron board jugak. Anyone, give some ideas pls, tq..
Ok lah, dah panjang melalut, gmbr pun, masukkan mana yg sesuai aje. Terima kasih pada yg sudi bc. ;)
Have a nice Monday everyone..
ps : alamak, 1GB allocation for picture upload dah exceed.Stress lagik!!!